Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak kata tarian poco-poco itu haram. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pula kata tidak haram. Jadi umat Islam nak pakai fatwa yang mana, Perak atau Kebangsaan? Nasib baik poco-poco ini bukan satu amalan hidup orang-orang Melayu, kalau tidak haru-biru dibuatnya.
Tapi yang herannya, kalau tarian ini bukan amalan hidup orang-orang Melayu atau Islam, kenapa sampai perkara ini difatwakan. Bukankah banyak lagi masalah-masalah lain yang lebih penting yang melibatkan umat Islam yang perlu diperbincang dan difikirkan secara serius.
Contohnya budaya politik fitnah, jijik dan kotor yang sedang melanda masyarakat melayu sekarang, harus dicari jalan penyelesaian. Sepatutnya ulamak-ulamak berbincang perkara ini, kerana ianya melibatkan masyarakat Islam dan negara secara keseluruhannya. Politik jijik dan kotor ini sedang membudaya dalam masyarakat khususnya orang-orang melayu sejak lebih kurang 15 tahun yang lalu.
Setiap hari media di negara ini tidak henti-henti melapurkan cerita-cerita sex jijik orang-orang politik. Anak-anak yang lahir 15 tahun dahulu, hari ini sedang menerima sogokan berita tersebut. Dalam masa 15 tahun lagi anak-anak ini akan menjadi masyarakat yang mentadbir negara ini. Apa akan jadi kalau generasi hari itu dapat menerima fitnah jijik dan kotor ini sebagai sebahagan dari budaya masyarakat Islam.
Kenapa isu ini tidak dijadikan agenda utama Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun Majlis Fatwa Negeri Perak, dalam perbincangan mereka. Kenapa isu-isu remeh yang diketengahkan?
Inilah salah satu kesan yang masyarakat Islam perolehi atas perancangan jahat penjajah yang telah berjaya menanamkan dalam pemikiran orang-orang melayu bahawa anak-anak yang kurang cerdik di hantar ke sekolah ugama dan anak-anak yang cemerlang di hantar kesekolah sekular.
Akhirnya pada hari ini, institusi-institusi yang berkaitan dengan agama di negara kita ini, dipimpin oleh orang-orang yang memang lemah dari segi pemikirannya. Mereka tidak berupaya meletakkan diri mereka sebagai pewaris nabi-nabi, walaupun mereka mempelajari dan memahami ajaran yang ditinggalkan oleh para nabi. Mereka lebih rela menjual maruah diri mereka kepada penguasa-penguasa yang rakus dan berkepentingan.
Friday, 22 April 2011
Mengkarung
Mengkarung.......
Jarang amat aku melihat mengkarung sekarang. Mungkin kerana habitat aku sekarang tidak sama dengan habitat mengkarung. Kalau dulu setiap hari aku akan dapat melihat mengkarung. Turun sahaja dari rumah, berjalan selangkah dua, aku sudah boleh berjumpa dengan mengkarung. Terutama di waktu tengah hari, mengkarung akan merayap-rayap keluar dari semak-semak memburu mangsanya seperti belalang dan juga serangga-serangga kecil.
Rupanya seperti cicak tetapi bersaiz besar. Warnanya berubah-ubah mengikut suasana keliling. Kalau dia berada dalam semak yang berwarna hijau, warnanya bertukar menjadi hijau dan begitu juga kalau dia merayap di atas tanah warnanya berubah kekuning-kuningan.
Ada sejenis lagi binatang yang hampir serupa dengan mengkarung iaitu sesumpah atau sesetengah orang memanggilnya sumpah-sumpah. Bezanya sesumpah dengan mengkarung ialah pada bahagian ekor dan kepalanya. Ekor mengkarung agak pendek dibandingkan dengan sesumpah yang mempunyai ekor yang lebih panjang. Begitu juga bahagian kepalanya, sesumpah mempunyai muncung yang tajam dibandingkan dengan mengkarung yang mulutnya berbentuk dempak.
Tetapi kedua-duanya mempunyai ciri yang sama iaitu boleh bertukar warna mengikut keadaan kelilingnya. Antara keduanya, sesumpahlah yang paling aku takut. Masa aku kanak-kanak dahulu, aku diberitahu bahawa sesumpah ini boleh terbang dan mengigit ubun-ubun kita hingga mati. Jadi bila aku terjumpa dengan sesumpah, biasanya aku akan menutup ku ubun-ubun dengan tangan, apabila mahu melintasinya.
Tetapi mengkarung tidak pula aku pernah mendengar apa-apa cerita mengenai bahayanya. Oleh itu hari ini aku mahu menggunakan MENGKARUNG untuk menyatakan sesuatu yang terbuku di benak ku.

Subscribe to:
Posts (Atom)